Ciri-ciri pemeriksa plagiarisme

Terokai ciri hebat pemeriksa plagiarisme kami

Pemarkahan lanjutan

Dari hanya bergantung pada skor persamaan, kami menawarkan anda lebih pelbagai jenis pemarkahan bagi menilai kertas anda.

Plagiarism checker advanced scoring

Semua laporan disediakan berserta skor persamaan. Skor ini menunjukkan bilangan persamaan yang wujud di dalam dokumen anda.

Skor persamaan dikira dengan membahagikan bilangan perkataan yang dipadankan dengan bilangan jumlah perkataan.

Contohnya, Sekiranya dokumen anda mengandungi 1,000 perkataan dan skor persamaan adalah 21%, ini bermakna terdapat 210 perkataan yang dipadankan dalam dokumen anda.

Skor persamaan plagiarisme

Skor ini menunjukkan kepada anda risiko plagiarisme di dalam dokumen anda. Skor ini, secara umumnya, menilai saiz persamaan. Lebih besar blok persamaan, lebih besar risiko plagiarisme.

Sebagai contoh, katakan kita ambil kertas dengan 100 muka surat dengan hanya 1% persamaan. Sekiranya semua persamaan tertumpu dalam satu halaman sahaja, skor risiko plagiarisme kami akan menunjukkan nilai tertinggi. Anda akan dimaklumkan tentang kemungkinan adanya plagiarisme dengan nilai persamaan yang rendah.

Penyelidikan kami telah menunjukkan yang ciri ini mengesan plagiarisme dengan ketepatan 94%.

Skor risiko plagiarisme

Parafrasa ialah jenis plagiarisme yang semakin popular. Untuk menanganinya, kami telah menambahkan skor parafrasa.

Skor ini menunjukkan bahagian teks yang telah ditulis semula.

Skor parafrasa biasanya berkisar di antara 1% dan 8%. Skor parafrasa yang tinggi mungkin menandakan plagiarisme. Berhati-hati dengan skor parafrasa yang tinggi.

Parafrasa skor plagiarisme

Petikan adalah penting untuk kertas yang baik. Walau bagaimanapun, sesetengah petikan yang baik mungkin hanya sebahagian daripada blok persamaan yang lebih besar.

Untuk kes yang sedemikian, kami telah memperkenalkan konsep petikan yang tidak wajar.

Petikan tidak wajar menunjukkan jumlah bilangan petikan yang sebahagian daripada persamaan yang lebih besar dalam dokumen.

Petikan yang tidak wajar

Petikan adalah sebahagian dari setiap kertas. Memetik dokumen lain menambah kredibiliti kepada kertas itu.

Kami mengenal pasti petikan dan menandakannya dengan warna hijau. Ini membolehkan anda dengan mudah membezakan petikan yang baik berbanding persamaan lain.

Petikan

Kredibiliti kertas kerja juga boleh dinilai dengan bilangan padanan.

Bayangkan anda sedang berurusan dengan kertas dengan 10% persamaan. Yang mana satu akan kelihatan lebih boleh dipercayai kepada anda – kertas yang kesemua 10% itu diambil daripada satu sumber sahaja, atau kertas yang persamaannya datang daripada berpuluh atau ratusan sumber?

Padanan plagiarisme

Skor Pantas merupakan algoritma serba baharu yang membolehkan anda menilai kertas anda secara kasar dalam masa beberapa saat.

Penilaian Skor Pantas adalah percuma. Skor Pantas mengira cap jari yang sepadan bagi menghasilkan skor anggaran persamaan .

Skor pantas ditunjukkan dalam hanya beberapa saat. Sebaik sahaja anda memuat naik fail, skor pantas akan muncul hampir serta-merta.

Skor plagiarisme pantas

Padanan Di tandakan

Sebarang jenis plagiarisme yang terdapat didalam dokumen anda akan di tampilkan untuk ulasan dan pembetulan anda. Parafrasa dalam warna jingga, petikan tidak wajar dalam warna ungu, dan petikan yang betul dalam warna hijau. Di sampimg itu, sistem pemeriksa plagiarisme kami akan membantu anda mengedit dan membetulkan dokumen anda.

Contoh plagiarisme yang ditampilkan

Plagiarism checker sources matches

Sumber yang boleh dilihat

Pemeriksa plagiarisme kami akan meletakkan pautan ke sumber pada bahagian yang dipadankan dalam dokumen anda. Pautan ini membolehkan anda membetulkan sebarang petikan, perkataan dan parafrasa yang tidak wajar di dalam dokumen anda. Sekiranya anda yakin yang petikan diletakkan dengan tepat di dalam dokumen anda, pengesahan mudah di pihak anda akan membolehkan anda meneruskan ulasan dan muat turun dokumen anda.


Pengesanan parafrasa

Teknologi tercanggih sistem kami bukan sekadar mengesan plagiarisme salin & tampal, bahkan juga plagiarisme parafrasa. Sekiranya anda menerima markah parafrasa yang tinggi, adalah penting untuk memeriksa dokumen anda dengan teliti dan teliti untuk mengelakkan risiko plagiarisme.

Contoh pengesanan plagiarisme

Pengesanan petikan yang tidak wajar

Pengesanan petikan yang tidak wajar

Petikan yang tidak wajar mungkin diiktiraf sebagai plagiarisme oleh guru, jadi adalah penting untuk memeriksa kertas anda untuk petikan yang betul untuk mengelakkan sebarang akibat negatif.

Pemeriksa plagiarisme kami akan memaklumkan anda petikan yang sesuai – petikan tersebut akan ditandakan dengan warna hijau. Ia juga akan menandakan warna ungu pada semua petikan yang boleh dikenali sebagai plagiarisme, jadi anda akan tahu petikan yang perlu anda edit.


Pengesanan berbilang bahasa

Walaupun dokumen anda ditulis dalam beberapa bahasa, sistem berbilang bahasa kami tidak menghadapi masalah untuk mengesan plagiarisme. Itulah sebabnyamengapa sistem pemeriksa plagiarisme kami telah diiktiraf sebagai sistem pengesanan plagiarisme nasional di beberapa negara.

Pemeriksa plagiarisme berbilang bahasa